Monday, May 4, 2015

KECANTIKAN WANITA DARIPADA MANFAAT MADU

Kecantikan adalah modal utama kaum wanita. Tidak hairanlah jika mereka mengusahakan pelbagai cara untuk menjaga keindahan tubuh mereka. Salah satu bahan semulajadi yang dipecayai dapat menjaga kecantikan ialah madu. Bahkan, kini madu digunakan dalam pelbagai produk kecantikan.




Selain dapat makan terus, terdapat cara-cara lain ;

A.MASKER (TOPENG) UNTUK MENGANJALKAN WAJAH

Dan beberapa kajian yang telah dilakukan, madu yang digunakan sebagai masker wajah sangat berkesan untuk mengelakkan proses penuaan awal dan kulit wajah berkedut. Selain itu, kulit wajah menjadi anjal dan segar. 

Jangan biarkan kulit wajah menjadi berkedut kerana kurangnya pengetahuan anda dalam merawatnya.

a) Bahan-bahan:
-> madu asli 
-> timun
-> putih telur

madu yang dianjurkan untuk ramuan masker menganjalkan wajah ialah madu asli.

b) Cara Menbuat dan Penggunakannya:
-> panaskan madu (kalau tak panaskan pon tak pe)
-> parut timun sebanyak 4 sudu makan.
-> campurkan kedua-dua bahan tersebut
-> kacau hingga rata
-> setelah bercampur, tambahkan putih telur sebanyak 2 sudu makan.
-> bersihkan wajah sebelum sapu masker madu
-> biarkan selama 15 minit
-> lakukan 1 kali setiap minggu secara rutin
-> dapatkan hasil yang memuaskan dengan petua yang diberikan.

B.MENGHALUSKAN KULIT

Madu dapat melembutkan kulit, menghilangkan kedutan, dan menghaluskan pori-pori kulit.
Salah seorang pakar menyatakan bahawa madu menjadikan kulit segar dan kuat.

berikut adalah bahan-bahan:
a.Bahan-bahan:
-> madu secukupnya
-> susu secukupnya
 madu yang dianjurkan untuk menghaluskan kulitialah madu asli.

b.Cara Membuat dan Penggunakannya;
-> madu asli secukupnya
-> campurkan dengan susu
-> selepas itu, sapukan pada kulit secara merata.
-> biarkan untuk beberapa saat
-> kemudian bilas dengan air
-> kaedah ini bagus dilakukan sebelum anda mandi. Sapukan pada seluruh tubuh.

C.MENGHILANGKAN JERAWAT

Jerawat timbul kerana terjadi penyumbatan kelenjar minyak pada kulit, disertai dengan jangkitan dan radang.
Jerawat lazimnya terjadi pada remaja.Jerawat pada wajah akan mengganggu pemandangan dan kecantikan seseorang. Dengan madu kita dapat tampil cantik tanpa jerawat, lakukan rawatan secara teratur.

a.bahan-bahan
->madu 3 sudu makan
->serbuk kayu manis 1 sudu teh

madu yang dianjurkan untuk menghilangkan jerawat ialah madu asli.

b. Cara Membuat dan Penggunaannya;
-> sapukan madu yang telah dicampur dengan serbuk kayu manis pada wajah.
->lakukan sebelum tidur
-> untuk mendapat hasil yang maksimum, lakukan secara ruti pada setiap hari selama 2 minggu
-> selepas 2 minggu, rasakan perubahan pada jerawat anda.




D.MENJADIKAN RAMBUT KELIHATAN BERKILAU
to be continue....


SUMBER;BUKU DAHSYATNYA MUKJIZAT MADU (HAVIVA A.B)

No comments:

Post a Comment