Thursday, April 24, 2014

KEHEBATAN AL-QURAN

PENGENALAN

Al-quran-  ialah kata-kata, kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepada nabi Muhammad melalui malaikat Jibril dalam bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawattir(secara beransur-ansur) dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari surah al-fatihah dan berakhir dengan surah an-nas.

Mukjizat dari segi istillah-  Perkara luar biasa yang dianugerahkan oleh Allah kepada seorang rasul iaitu Muhammad sebagai bukti kebenaran risalah yang dibawa oleh mereka kepada umat manusia.

Allah sendiri yaang akan memelihara al-quran. Al-quran dijamin kekal dan terpelihara daripada diubah sehingga ke hari kiamat. Manakala kitab samawi seperti taurat, zabur, injil tidak ada jaminan kekal dan selamat dari diubah oleh manusia.

BUKTI AL-QURAN ITU BENAR

Kehebatan dan keaguman  al-quran dapat dilihat dari segi bahasa, isi kandungan dan ilmu pengetahuan yang terkandung di dalam al-quran itu.


Saturday, April 19, 2014

FILEM ANIMASI FROZEN mengajar kita sesuatu

Filem frozen yang ohsem memaparkan watak yang sangat comel dan plot cerita yang menarik disamping kesan grafik yang sangat “cool” dan mampu membuatkan anda terharu. Seolah-olah kita berada dalam filem itu .Padat dengan nilai murni yang mampu menarik golongan kanak-kanak, orang dewasa mahupun golangan tua mungkin termasuk nenek, atuk hehe. Maka tidak hairan lah, mendapat nombor satu animasi terbaik dan animasi yang mendapat kutipan paling banyak di dunia .


Sedikit sinopsis


Filem Frozen mengisahkan tentang permaisuri Elsa tinggal di Arendell yang memiliki kuasa magis iaitu ais. Elsa telah melarikan diri ke gunung apabila kuasa magisnya telah terbongkar. Disebabkan ketakutan dalam diri, Elsa telah menyebabkan Arendell berada dalam bahaya. Bermula cabaran kepada Anna iaitu adik Elsa, kristoff dengan rusa nya dan orang salji(olaf) untuk mencari serta memujuk Elsa supaya menyelamatkan Arendell daripada terus membeku.


Kisah ini mencapai kemuncak konflik apabila Elsa telah mencederakan Anna buat kali kedua .Hanya cinta sejati sahaja dapat mengubati sihir yang terkena pada Anna. Siapakah cinta sejati anna ? adakah kekasihnya yang ditemui di awal cerita atau wujudnya pada watak lain. Mampukah anna mengubati sihir daripada meragut nyawa dan bolehkah keadaaan Arendell yang semakin teruk kembali kepada asal ? saksikan sendiri .


Frozen dan plot cerita kehidupan kita

Anna menghadapi pelbagai dugaan. Hidupnya di zaman kanak-kanak begitu sunyi kerana terpisah dengan Elsa(kakaknya), tetapi dia terus hadapi dengan ceria dan tabah.

Seterusnya ibu dan ayah Anna meninggal dunia, kesunyian dan kesedihan dalam dirinya semakin bertambah apabila kakaknya seolah-seolah  tidak mempedulikan dirinya.

Apabila Anna sudah dewasa, dugaan diterima semakin kuat, Anna terpaksa mencari Elsa dengan meredah perjalanan sangat eksterm seperti gunung everest.

Pernah kuda yang ditunggangi Anna terkejut lalu melarikan diri dan tinggalkan Anna keseorangan. Jika kita berada dalam cerita itu, mungkin ada yang akan berpatah balik, menangis,berputus asa. Kita takut kerana memikirkan bermacam-macam lagi dugaan di depan sana, dengan suasana yang gelap,salji sangat tebal, tempat yang terasing, dan tiada kenalan untuk meminta bantuan, atau ada jemalang-jemalang hantu haha.

Sebaliknya Anna meneruskan langkah tanpa berpaling kebelakang walaupun beberapa kali dia terjatuh dan terjatuh lagi sehingga baju dia beku tetapi adakah dia berhenti ? Tidak, dia terus melangkah tanpa henti.

kerana anna percaya jika dia berusaha dia akan mencapai apa yang diingini.­­ Jika Anna berpatah balik semestinya dia tidak akan bertemu dengan Elsa.

Dalam keberanian Anna ini, dia juga seorang yang sempoi(kelakar), ketika dia cuba panjat gunung yang curam dan berkata kepada Kristoff “tolong beritahu saya yang saya  hampir sampi. Udara di atas memang selalunya sikit ke ?” walaupun baru panjat 3,4 batu,
tak boleyh blah haha.

Anna juga dikecewakan sekali lagi kerana Elsa menolak permintaan nya untuk pulang ke Arendell malah anna telah dicederakan dengan sumpahan sihir Elsa yang terkena dihatinya. Anna mungkin akan balik dengan perasaan dendam , geram dan marah tetapi dia memilih untuk bersabar dan terus memujuk Elsa walaupun untuk keseratus lima puluh kali hehe, barulah dia berjaya diakhir cerita.

Jalan cerita yang Anna hadapi amat sukar, namun apa yang membuatkan dia tabah ?

Dia percaya kepada apa yang manusia gelar iaitu harapan.Dia percaya harapan masih ada selagi mana kita berusaha.

Kunci ketabahan bagi diri Anna adalah terus percaya dan berusaha. Itu yang menyebabkan Anna berjaya dalam menghadapi ujian tersebut.

Dengan ujian tersebut, Anna seorang yang manja, sering bergantung kepada Elsa telah berubah menjadi seorang yang berdikari, berani, positif, mempunyai semangat yang kuat dan akhirnya berjaya mengubah Elsa.



Begitu juga dengan kita,

Berbagai dugaan yang akan kita tempuhi.Misalnya, apabila kita lulus peperiksaan UPSR kemudian kita akan tempuhi peperiksaan PMR kemudian SPM sehinggalah kita memasuki IPT dan bermacam-macam lagi dugaan.
Dugaan itu semua tidak lain tidak bukan untuk menjadikan diri kita hebat.

Percayalah apabila kita sudah berusaha tetapi keputusan tidak seperti yang kita harapkan, itu tandanya Allah sedang menguji kita. Percayalah bahawa disitu terkandung seribu hikmah. Allah menilai usaha kita dan sungguh ia bukanlah sesuatu yang sia-sia.

Tidak hari ini mungkin esok, tidak esok mungkin lusa.Tetapi janji Allah adalah sesuatu yang pasti. Bahawa selepas kesusahan itu ada kemudahan. ^^


Hebat kasih Elsa, hebat lagi kasih Rasulullah SAW.

Salah satu rahsia Frozen dalam menarik hati-hati kita, sama ada yang berhati lembut mahupun keras ialah, frozen mengajar dan memaparkan erti cinta sejati sebenar. Cinta sejati ialah mengutamakan orang lain daripada dirinya sendiri.

 Meskipun pada awalnya, Elsa tidak tahu cara untuk mengawal kuasa magisnya, tetapi ketahuilah bahawa Elsa adalah seorang kakak yang sangat penyayang.

Elsa terlalu sayangkan Anna sehingga sanggup mengorbankan zaman kanak-kanaknya. Cuba kamu bayangkan betapa sedihnya Elsa yang terpaksa berpisah dengan Anna, berpisah dengan dunia luar, dan duduk terkurung di dalam bilik. Zaman kanak-kanak untuk bermain tetapi dia terpaksa menghabiskan begitu sahaja demi keselamatan Anna.

Kerana itu kita lihat cinta sejati Anna bukan lah lelaki yang mengungkapkan rasa cinta padanya iaitu Putera Hans.Putera Hans menyukai Anna hanya kerana pangkat dan harta tetapi Elsa menyayangi Anna dengan ikhlas, jujur, sepenuh hati tanpa sebarang syarat.

Cinta sejati dapat dilihat melalui perilakunya bukan hanya pada kata-kata.

Tetapi kamu tahukah ini semua sudah diajar oleh Rasulullah ?

Nabi Muhammad SAW sangat menggalakkan sifat kasih sayang ini, sebagaimana sabda baginda 
“Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri”.(Riwayat Bukhairi dan Muslim)

Saat akhir kewafatan rasulullah, 
Rasulullah SAW bertanya “Jibril, jelaskan apa hakku di hadapan Allah nanti?” 

“Pintu-pintu langit telah terbuka,para malaikat telah menanti rohmu dan semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu.” Kata Jibril.

Namun, Rasulullah SAW masih berasa cemas. 
“Engkau tidak berasa senang dengan perkhabaran ini?” Tanya Jibril lagi. 

“Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”kata Rasulullah. 

“Jangan khuatir wahai Rasulullah, aku mendengar Allah berfirman kepadaku: Aku haramkan syurga bagi sesiapa sahaja kecuali umat nabi Muhammad telah berada didalamnya.”kata Jibril.

Kemudian barulah Nabi Muhammad saw berasa lega.

Dan kerana sakit dan seksanya menemui ajal, Rasulullah berkata “Ya Allah, dasyat sungguh sakaratul maut, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada ummatku.”

Bayangkan ketika menghadapi kesakitan sakaratul maut pun, nabi Muhammad SAW masih ingat akan ummatnya.

Wahai saudara seislamku, 
Nabi Muhammad SAW merindui ummatnya, baginda sering kali menolak kepentingan dirinya demi ummatnya, menolak kekayaan demi kesejahteraan ummatnya, menahan lapar demi mengenyangkan ummatnya, Nabi Muhammad SAW rela menunda permintaan di dunia demi keselamatan umat nya di akhirat, demi ummatnya yang tidak pernah dilihat.


Berkelakuan lah seperti Nabi Muhammad SAW
Berapa ramai yang dahulunya bersikap keras dengan Nabi Muhammad SAW berubah menjadi lembut dan akhirnya masuk Islam setelah terpesona dengan kemuliaan akhlak dan budi baginda.

Seandainya peribadi kita seperti Nabi Muhammad SAW, pasti Islam itu lebih hebat dimata dunia berbanding Filem Frozen. err . ^^