Saturday, April 25, 2015

AWAS, tanpa ilmu mungkin ibubapa telah mendidik anak menjadi derhaka!



cara mendidik anak-anak genarasi z sekarang adalah sangat berbeza dan cabarannya lebih besar berbanding zaman anak-anak tahun 60-an.Anak-anak zaman ini sangat sensitif dan tidak sekental anak-anak zaman dulu.



Ibubapa mungkin tidak sedar mendidiknya anaknya untuk derhaka.
contoh, ibu menyuruh anaknya tiga sehingga empat kali untuk bergerak





"Azlan, mandi"
'kejap ibu'
"Azlan mandi!"
'kejap lah mak ni ieyyyhh'
"Azlan mandi"
'kejapp lah mak arghh'
kalau kita menonton drama orang putih,
"Daniel, please go to room now"
ibubapa cakap sekali sahaja, anak-anak terus pergi.


TIPS MENJADIKAN ANAK SEBAGAI SEORANG YANG MENDENGAR KATA!



1)Banyakkan doa, doa dan doa kepada Allah.
untuk menjadikan hati anak lembut ,sejak menyusu ibu perlu membaca al-fatihah,ayat kursi,surah al-insyirah,surah al-sharh, surah taha ayat 1-5 untuk melembutkan hati,surah al-hasyar ayat 21-24, dan doa pembuka 12 pintu supaya jadi bijak, cemerlang.


2)Ibubapa perlu terlebih dahulu sentuh hati anak-anak sebelum dapat melihat mereka bertindak.
Sentuh disini bukan bermaksud kita belah badan dia kemudian pegang hatinya, bukan ye .jangan buat! sentuh maksudnya melalui kasih sayang,ceritakan pada meraka kisah-kisah nabi,zaman sekarang 'Si Tanggang' atau cerita lain yang bermanfaat.
kalau kita ingin pergi ke Mesir ,kita perlukan sesuatu yang menghubungkan kita ke sanakan. Tidak lain tidak bukan, kita perlu menaiki kapal terbang supaya sampai ke sana. Inikan pula hati manusia harus ada pertalian yang erat, hunganyang rapat.


3)Berikan anak kita contoh yang terbaik.
Anak-anak akan lebih mudah memahami apabila ibubapa memberi contoh yang mereka boleh nampak.Orang yang disentuh hatinya akan mudah mendengar nasihat.
'Khadijah dapat keputusan cemerlang kerana dia sentiasa jaga solat dan sentiasa menepati waktu.'
Tetapi ingat, membanding-banding itu adalah apabila kita mengambil contoh seseorang ataupun  menyebut nama seseorang semasa kita rasa tidak puas hati dan sedang memarahi anak,anak akan rasa rendah diri.
Faktor orang lain itu hanya dapat digunakan semasa tiada tekanan emosi antara ibu bapa dan anak. Contohnya semasa perbincangan berlaku secara terbuka. Waktu itu, barulah sesuai mengambil orang lain sebagai contoh teladan tanpa membandingkannya dengan anak kita. Barulah anak mudah menerimanya.

contoh ayat yang tidak patut diungkapkan;
"Apa hendak jadi dengan kamu ini..Lihat si Ali, tiap petang pasti dia balik awal.Lepas itu terus mandi,solat dan belajar.Tidak macam kamu, entah apa hendak jadi nanti"


4)Hormati anak-anak.
Sebelum nak suruh anak membuat sesuatu, tanyakan dulu 'Nurul, tengah buat apa?'
Jangan terus kata 'Nurul tolong mak masak!'
Tetapi katakan 'Nurul, kalau da siap kerja sekolah nanti tolong ibu boleh?'
Ibubapa mesti hormati mereka, ramai yang terlepas pandang, kita suruh masa anak tengah tengok ultraman belum lagi lampu merah, dia tengah syok-syok pastu kita ganggu,sape yg tak marah.
kita tanya anak, "Aiman bila boleh tolong ibu" dia kata pukul 5.30.Bila pukul 5.30 terus kita kata"Aiman tadi janjikan sayang"terus tarik tangan dia perlahan-lahan.
Kemudian pada waktu malam , kita bagi penghargaan, pujian  atau hadiah ke? cerita pada suami"bang, Aiman siang tadi kan tolong ibu masak, bagus anak kita, sejuk peruk saya ni"


Suami isteri yang suka bertengkar adalah antar punca anak bermasalah.Apabila pertengkaran sering berlaki maka malaikat akan keluar.Anak-anak jadi kurang ajar, stress dan terlibat dengan masalah sosial.


Ibubapa perlu perbaiki hubungan dan menggunakan pendekatan untuk anak 80, 20.
80% -beri kasih sayang seperti peluk,cium, bagi penghargaan, main sama-sama dll.
20% -marah,rotan,tegur,kritik.
Apabila ibubapa sentiasa cuba mencari hidayah  daripada Allah, solat berjemaah, bergaul mesra dengan keluarga,makan bersama,berbaik dengan jiran dll. InshaAllah semua masalah akan selesai.


sumber banyak diambil dari video dr fadzilah kamsah, tajuk tip keluarga bahagia.