Sunday, May 10, 2015

KEHEBATAN VITAMIN C SHAKLEE BERBANDING VITAMIN LAIN

1. VITAMIN C
Vitamin C merupakan antioksidan yang sangat berkesan. Ini bermakna bahawa ia juga boleh membantu dalam menghalang proses penuaan kulit. Vitamin C juga merangsang pengeluaran kolagen dalam kulit anda. Kolagen merupakan protein yang bertanggungjawab untuk membuat kulit anda lembut. 
kolagen juga mempunyai kelebihan sebagai ejen untuk putihkan kulit.
Vitamin C ialah asas pada pembentukan kolagen. Ini dimana vitamin C adalah faktor kepada enzimProlysyl dan Lysyl Hydroxylase yang bertindak untuk mencipta molekul kolagen.
Saintis mencadangkan penggunaaan vitamin C untuk mengurangkan Sunburn akibat dari radiasi sinar ultraviolet B yang boleh menyebabkan jeragat dan kanser kulit.
Vitamin C juga digunakan untuk menghalang bintik jeragat. Ia bertindak balas dengan Copper Iron yang mengurangkan penghasilan Melanin ( bintik jeragat). [Sumber NCBI]
Menurut Beautyfool.com pula, vitamin C dapat mencerahkan pigmen seperti jeragat dan freckles.
Antara 1001 fungsi vitamin c :
1)Merangsang pembentukan kolagen
2)Menguatkan imune system
3)Membantu mengekalkan kulit yang awet muda
4)Mengatasi masalah insomnia
5)Mencegah penyakit berjangkit seperti demam dan selsema

6)Memperbaiki sistem pendarahan.
7)Merendahlan dan mengawal masalah tekanan darah tinggi
8)Mencerahkan kulit secara semulajadi
9)Memberikan tenaga.
10)Membantu penyerapan iron (zat besi)
11)Mengekalkan kolesterol yang sihat.

12)Meningkatkan metabolisme dan membantu mengekalkan berat badan yang ideal.
13)Mengelakkan katarak
14)Mengawal masalah kulit berminyak.
15)Mengecilkan pori muka.
16)Membantu melindungi badan dari serangan radikal bebas
17)Mengawal paras gula dalam darah



Ingin  mencuba? whatsapp kienah hassan 0189417727 sekarang! cuba lah rasai kehebatan vitamin c ,kulit semakin LICIN, HALUS, CANTIK dan SIHAT! bukan itu sahaja, badan pun bertambah cergas.




x

Saturday, May 9, 2015

minyak ikan terbaik di dunia

Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan terbaik di dunia. Omega Guard Shaklee mempunyai banyak kelebihannya berbanding dengan produk lain, Ia diekstrak dari ikan laut ikan sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. 


Omega Guard Shaklee juga merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.


Kalau sebut Omega Guard Shaklee mungkin tidak ramai yang kenal. Kalau sebut DHA mungkin lebih popular kerana dalam Omega Guard Shaklee ini juga mengandungi DHA yang sangat baik untuk perkembangan dan fungsi otak.
EPA pula sangat bagus untuk sendi dan jantung.

       
Fungsi DHA
  • Mencegah asma
  • Meningkatkan daya seksual
  • Mencegah sakit kulit
  • Mengelakkan kanser payu dara
  • Mengelak kanser prostat
  • Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
  • Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan


Fungsi EPA
  • Mencegah kanser
  • Mencegah pembekuan darah
  • Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
  • Baik untuk pesakit jantung
  • Menghindar tekanan perasaan
  • Mencegah penyakit darah tinggi   

Ia dibuat dengan begitu sempurnapenyulingan 3 peringkat secara semula jadi memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik. 


Siapa Perlukan Omega Guard Shaklee?


Kanak-kanak


  • Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
  • Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma
  • Memperkuat sistem imunisasi badan

Mereka yang mengalami masalah berat badan
  • Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama.
  • membakar lemak yang termendap

Sering dilanda masalah kesihatan
  • Batuk berkahak, selesema berterusan
  • Sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi
  • Sakit Stroke

Ibu Hamil
  • Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
  • Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan
  • Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
  • Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil

 Ibu Menyusu
  • Membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga.
  • Membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu dan kualiti susu

Omega Guard juga dikenali sebagai pakar pembakar lemak. Apa jadi dengan lemak yang dulu-dulu masa zaman kita main taram semua makanan yang sedap lagi enak? Inilah tugas OmegaGuard! Menyingkirkan lemak-lemak yang dah termendap :)
wah, hebatkan! i luv Omega Guard ..



Ingin mencuba? boleh whatsaap kienah hassan 0189417727.
Omega Guard tengah promosi pada bulan Mei ini, jadi jom kita borong dan kurus kurus sebelum raya !! :) 

Monday, May 4, 2015

KECANTIKAN WANITA DARIPADA MANFAAT MADU

Kecantikan adalah modal utama kaum wanita. Tidak hairanlah jika mereka mengusahakan pelbagai cara untuk menjaga keindahan tubuh mereka. Salah satu bahan semulajadi yang dipecayai dapat menjaga kecantikan ialah madu. Bahkan, kini madu digunakan dalam pelbagai produk kecantikan.




Selain dapat makan terus, terdapat cara-cara lain ;

A.MASKER (TOPENG) UNTUK MENGANJALKAN WAJAH

Dan beberapa kajian yang telah dilakukan, madu yang digunakan sebagai masker wajah sangat berkesan untuk mengelakkan proses penuaan awal dan kulit wajah berkedut. Selain itu, kulit wajah menjadi anjal dan segar. 

Jangan biarkan kulit wajah menjadi berkedut kerana kurangnya pengetahuan anda dalam merawatnya.

a) Bahan-bahan:
-> madu asli 
-> timun
-> putih telur

madu yang dianjurkan untuk ramuan masker menganjalkan wajah ialah madu asli.

b) Cara Menbuat dan Penggunakannya:
-> panaskan madu (kalau tak panaskan pon tak pe)
-> parut timun sebanyak 4 sudu makan.
-> campurkan kedua-dua bahan tersebut
-> kacau hingga rata
-> setelah bercampur, tambahkan putih telur sebanyak 2 sudu makan.
-> bersihkan wajah sebelum sapu masker madu
-> biarkan selama 15 minit
-> lakukan 1 kali setiap minggu secara rutin
-> dapatkan hasil yang memuaskan dengan petua yang diberikan.

B.MENGHALUSKAN KULIT

Madu dapat melembutkan kulit, menghilangkan kedutan, dan menghaluskan pori-pori kulit.
Salah seorang pakar menyatakan bahawa madu menjadikan kulit segar dan kuat.

berikut adalah bahan-bahan:
a.Bahan-bahan:
-> madu secukupnya
-> susu secukupnya
 madu yang dianjurkan untuk menghaluskan kulitialah madu asli.

b.Cara Membuat dan Penggunakannya;
-> madu asli secukupnya
-> campurkan dengan susu
-> selepas itu, sapukan pada kulit secara merata.
-> biarkan untuk beberapa saat
-> kemudian bilas dengan air
-> kaedah ini bagus dilakukan sebelum anda mandi. Sapukan pada seluruh tubuh.

C.MENGHILANGKAN JERAWAT

Jerawat timbul kerana terjadi penyumbatan kelenjar minyak pada kulit, disertai dengan jangkitan dan radang.
Jerawat lazimnya terjadi pada remaja.Jerawat pada wajah akan mengganggu pemandangan dan kecantikan seseorang. Dengan madu kita dapat tampil cantik tanpa jerawat, lakukan rawatan secara teratur.

a.bahan-bahan
->madu 3 sudu makan
->serbuk kayu manis 1 sudu teh

madu yang dianjurkan untuk menghilangkan jerawat ialah madu asli.

b. Cara Membuat dan Penggunaannya;
-> sapukan madu yang telah dicampur dengan serbuk kayu manis pada wajah.
->lakukan sebelum tidur
-> untuk mendapat hasil yang maksimum, lakukan secara ruti pada setiap hari selama 2 minggu
-> selepas 2 minggu, rasakan perubahan pada jerawat anda.




D.MENJADIKAN RAMBUT KELIHATAN BERKILAU
to be continue....


SUMBER;BUKU DAHSYATNYA MUKJIZAT MADU (HAVIVA A.B)

Saturday, April 25, 2015

AWAS, tanpa ilmu mungkin ibubapa telah mendidik anak menjadi derhaka!



cara mendidik anak-anak genarasi z sekarang adalah sangat berbeza dan cabarannya lebih besar berbanding zaman anak-anak tahun 60-an.Anak-anak zaman ini sangat sensitif dan tidak sekental anak-anak zaman dulu.



Ibubapa mungkin tidak sedar mendidiknya anaknya untuk derhaka.
contoh, ibu menyuruh anaknya tiga sehingga empat kali untuk bergerak





"Azlan, mandi"
'kejap ibu'
"Azlan mandi!"
'kejap lah mak ni ieyyyhh'
"Azlan mandi"
'kejapp lah mak arghh'
kalau kita menonton drama orang putih,
"Daniel, please go to room now"
ibubapa cakap sekali sahaja, anak-anak terus pergi.


TIPS MENJADIKAN ANAK SEBAGAI SEORANG YANG MENDENGAR KATA!



1)Banyakkan doa, doa dan doa kepada Allah.
untuk menjadikan hati anak lembut ,sejak menyusu ibu perlu membaca al-fatihah,ayat kursi,surah al-insyirah,surah al-sharh, surah taha ayat 1-5 untuk melembutkan hati,surah al-hasyar ayat 21-24, dan doa pembuka 12 pintu supaya jadi bijak, cemerlang.


2)Ibubapa perlu terlebih dahulu sentuh hati anak-anak sebelum dapat melihat mereka bertindak.
Sentuh disini bukan bermaksud kita belah badan dia kemudian pegang hatinya, bukan ye .jangan buat! sentuh maksudnya melalui kasih sayang,ceritakan pada meraka kisah-kisah nabi,zaman sekarang 'Si Tanggang' atau cerita lain yang bermanfaat.
kalau kita ingin pergi ke Mesir ,kita perlukan sesuatu yang menghubungkan kita ke sanakan. Tidak lain tidak bukan, kita perlu menaiki kapal terbang supaya sampai ke sana. Inikan pula hati manusia harus ada pertalian yang erat, hunganyang rapat.


3)Berikan anak kita contoh yang terbaik.
Anak-anak akan lebih mudah memahami apabila ibubapa memberi contoh yang mereka boleh nampak.Orang yang disentuh hatinya akan mudah mendengar nasihat.
'Khadijah dapat keputusan cemerlang kerana dia sentiasa jaga solat dan sentiasa menepati waktu.'
Tetapi ingat, membanding-banding itu adalah apabila kita mengambil contoh seseorang ataupun  menyebut nama seseorang semasa kita rasa tidak puas hati dan sedang memarahi anak,anak akan rasa rendah diri.
Faktor orang lain itu hanya dapat digunakan semasa tiada tekanan emosi antara ibu bapa dan anak. Contohnya semasa perbincangan berlaku secara terbuka. Waktu itu, barulah sesuai mengambil orang lain sebagai contoh teladan tanpa membandingkannya dengan anak kita. Barulah anak mudah menerimanya.

contoh ayat yang tidak patut diungkapkan;
"Apa hendak jadi dengan kamu ini..Lihat si Ali, tiap petang pasti dia balik awal.Lepas itu terus mandi,solat dan belajar.Tidak macam kamu, entah apa hendak jadi nanti"


4)Hormati anak-anak.
Sebelum nak suruh anak membuat sesuatu, tanyakan dulu 'Nurul, tengah buat apa?'
Jangan terus kata 'Nurul tolong mak masak!'
Tetapi katakan 'Nurul, kalau da siap kerja sekolah nanti tolong ibu boleh?'
Ibubapa mesti hormati mereka, ramai yang terlepas pandang, kita suruh masa anak tengah tengok ultraman belum lagi lampu merah, dia tengah syok-syok pastu kita ganggu,sape yg tak marah.
kita tanya anak, "Aiman bila boleh tolong ibu" dia kata pukul 5.30.Bila pukul 5.30 terus kita kata"Aiman tadi janjikan sayang"terus tarik tangan dia perlahan-lahan.
Kemudian pada waktu malam , kita bagi penghargaan, pujian  atau hadiah ke? cerita pada suami"bang, Aiman siang tadi kan tolong ibu masak, bagus anak kita, sejuk peruk saya ni"


Suami isteri yang suka bertengkar adalah antar punca anak bermasalah.Apabila pertengkaran sering berlaki maka malaikat akan keluar.Anak-anak jadi kurang ajar, stress dan terlibat dengan masalah sosial.


Ibubapa perlu perbaiki hubungan dan menggunakan pendekatan untuk anak 80, 20.
80% -beri kasih sayang seperti peluk,cium, bagi penghargaan, main sama-sama dll.
20% -marah,rotan,tegur,kritik.
Apabila ibubapa sentiasa cuba mencari hidayah  daripada Allah, solat berjemaah, bergaul mesra dengan keluarga,makan bersama,berbaik dengan jiran dll. InshaAllah semua masalah akan selesai.


sumber banyak diambil dari video dr fadzilah kamsah, tajuk tip keluarga bahagia.