Thursday, April 24, 2014

KEHEBATAN AL-QURAN

PENGENALAN

Al-quran-  ialah kata-kata, kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepada nabi Muhammad melalui malaikat Jibril dalam bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawattir(secara beransur-ansur) dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari surah al-fatihah dan berakhir dengan surah an-nas.

Mukjizat dari segi istillah-  Perkara luar biasa yang dianugerahkan oleh Allah kepada seorang rasul iaitu Muhammad sebagai bukti kebenaran risalah yang dibawa oleh mereka kepada umat manusia.

Allah sendiri yaang akan memelihara al-quran. Al-quran dijamin kekal dan terpelihara daripada diubah sehingga ke hari kiamat. Manakala kitab samawi seperti taurat, zabur, injil tidak ada jaminan kekal dan selamat dari diubah oleh manusia.

BUKTI AL-QURAN ITU BENAR

Kehebatan dan keaguman  al-quran dapat dilihat dari segi bahasa, isi kandungan dan ilmu pengetahuan yang terkandung di dalam al-quran itu.



1. Dari aspek bahasa ,
Al-quran mempunyai bahasa yang tinggi dan indah.Kedudukan huruf, sususnan kalimah dan struktur ayat tidak dapat ditandingi oleh seluruh umat manusia meskipun mereka bekerjasama untuk menirunya.Alla taala mencabar bangsa Arab yang tidak mahu beriman kepada nabi Muhammad supaya membuat suatu surah yang sama mutu bahasanya dengan al-quran.

Firman Allah taala;
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka membantu sesama sendiri."
(surah al-isra' , 17 : 18 )

2. Dari segi isi kandungan,
Al-quran menceritakan sejarah dahulu kala yang berkaitan dengan para nabi dan rasul seperti kisah kejadiaan Adam Alaihissalam, kisah banjir besar yang berlaku pada zaman nabi Nuh Alaihissalam dan kisah nabi Yusuf Alaihissalam .

Sebagaiman firman Allah SWT
Maksudnya: Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan kami wahyukan kepadamu al-quran ini, padahal engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak  pernah menyedari akan halnya.
(surah yusuf, 12 : 3)

Al-quran juga menceritakan tentang perkara roib seperti malaikat, jin, syurga, neraka dan perkara yang akan berlaku pada masa hadapan seperti hari kiamat, perhimpunan di padang mahsyar titian syirot.

Selain itu, Al-quran juga menghuraikan secara umum atau terperinci perkara berkaitan dengan syariat seperti solat,zakat, jual beli dan perkahwinan.

3. Dari aspek ilmu pengetahuan pula, al-quran dikataka mukjizat kerana penemuan sains bertepatan dengan ayat al-quran.

i. Kejadian makhluk berpasangan
Allah swt memberitahu kita bahawa semua kehidupan di alam semesta ini seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan, manusia dan hidupan dijadikan berpasanagan.

Sebagaimana firman Allah swt:
Maksudnya: Maha suci tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahui.
(surah yassin, 36 :36 )

Penemuan sains terkini menunjuk bahawa unsur yang amat seni juga mempunyai pasangan. Dalam bidang hayat umpamanya,  sel adalah bahagian terkecil sekali bagi sesuatu organ. Dalam sel terdapat nukleus yang mengandungi suatu kod khusus yang menetukan jenis sel itu samaada sel kulit atau daging. Kod tersebut terdapat dalam (molekul) (Deoxyribo Nukleic-Asid/DNA).Molekul DNA ini wujud dalam bentuk bebenang (Helix) yang berpasangan. Di antara bebenang helix yang berpasangan itu pula, terdapat penyambung bebenang yang berasakan bahan ragu (nitrogen) yang berpasanagn, iaitu (Adenine), (Guanine), (Thymine) dan (cytozine).Maha suci Allah yang menjadikan sesuatu.

to be continue ...

No comments:

Post a Comment