Kecantikan adalah modal
utama kaum wanita. Tidak hairanlah jika mereka mengusahakan pelbagai cara untuk
menjaga keindahan tubuh mereka. Salah satu bahan semulajadi yang dipecayai
dapat menjaga kecantikan ialah madu. Bahkan, kini madu digunakan dalam pelbagai
produk kecantikan.
Selain dapat makan
terus, terdapat cara-cara lain ;
A.MASKER (TOPENG) UNTUK
MENGANJALKAN WAJAH
Dan beberapa kajian yang
telah dilakukan, madu yang digunakan sebagai masker wajah sangat berkesan untuk
mengelakkan proses penuaan awal dan kulit wajah berkedut. Selain itu, kulit
wajah menjadi anjal dan segar.
Jangan biarkan kulit
wajah menjadi berkedut kerana kurangnya pengetahuan anda dalam merawatnya.
a) Bahan-bahan:
-> madu asli
-> timun
-> putih telur
madu yang dianjurkan
untuk ramuan masker menganjalkan wajah ialah madu asli.
b) Cara Menbuat dan
Penggunakannya:
-> panaskan madu
(kalau tak panaskan pon tak pe)
-> parut timun
sebanyak 4 sudu makan.
-> campurkan
kedua-dua bahan tersebut
-> kacau hingga rata
-> setelah bercampur,
tambahkan putih telur sebanyak 2 sudu makan.
-> bersihkan wajah
sebelum sapu masker madu
-> biarkan selama 15
minit
-> lakukan 1 kali
setiap minggu secara rutin
-> dapatkan hasil
yang memuaskan dengan petua yang diberikan.
B.MENGHALUSKAN KULIT
Madu dapat melembutkan
kulit, menghilangkan kedutan, dan menghaluskan pori-pori kulit.
Salah seorang pakar
menyatakan bahawa madu menjadikan kulit segar dan kuat.
berikut adalah
bahan-bahan:
a.Bahan-bahan:
-> madu secukupnya
-> susu secukupnya
madu yang dianjurkan
untuk menghaluskan kulitialah madu asli.
b.Cara Membuat dan
Penggunakannya;
-> madu asli
secukupnya
-> campurkan dengan
susu
-> selepas itu,
sapukan pada kulit secara merata.
-> biarkan untuk
beberapa saat
-> kemudian bilas
dengan air
-> kaedah ini bagus
dilakukan sebelum anda mandi. Sapukan pada seluruh tubuh.
C.MENGHILANGKAN JERAWAT
Jerawat timbul kerana
terjadi penyumbatan kelenjar minyak pada kulit, disertai dengan jangkitan dan
radang.
Jerawat lazimnya terjadi
pada remaja.Jerawat pada wajah akan mengganggu pemandangan dan kecantikan
seseorang. Dengan madu kita dapat tampil cantik tanpa jerawat, lakukan rawatan
secara teratur.
a.bahan-bahan
->madu 3 sudu makan
->serbuk kayu manis 1
sudu teh
madu yang dianjurkan
untuk menghilangkan jerawat ialah madu asli.
b. Cara Membuat dan
Penggunaannya;
-> sapukan madu yang
telah dicampur dengan serbuk kayu manis pada wajah.
->lakukan sebelum
tidur
-> untuk mendapat
hasil yang maksimum, lakukan secara ruti pada setiap hari selama 2 minggu
-> selepas 2 minggu,
rasakan perubahan pada jerawat anda.
D.MENJADIKAN RAMBUT
KELIHATAN BERKILAU
to be continue....
SUMBER;BUKU DAHSYATNYA
MUKJIZAT MADU (HAVIVA A.B)
No comments:
Post a Comment