Filem frozen yang ohsem memaparkan watak yang sangat comel dan plot cerita yang menarik disamping kesan
grafik yang sangat “cool” dan mampu membuatkan anda terharu. Seolah-olah kita
berada dalam filem itu .Padat dengan nilai murni yang mampu menarik golongan kanak-kanak,
orang dewasa mahupun golangan tua mungkin termasuk nenek, atuk hehe. Maka tidak
hairan lah, mendapat nombor satu animasi terbaik dan animasi yang mendapat kutipan paling banyak di dunia .
Sedikit
sinopsis
Filem Frozen mengisahkan tentang permaisuri Elsa tinggal di Arendell yang memiliki kuasa magis iaitu ais. Elsa telah melarikan diri ke gunung apabila kuasa magisnya telah terbongkar. Disebabkan ketakutan dalam diri, Elsa telah menyebabkan Arendell berada dalam bahaya. Bermula cabaran kepada Anna iaitu adik Elsa, kristoff dengan rusa nya dan orang salji(olaf) untuk mencari serta memujuk Elsa supaya menyelamatkan Arendell daripada terus membeku.
Kisah ini mencapai kemuncak
konflik apabila Elsa telah mencederakan Anna buat kali kedua .Hanya cinta
sejati sahaja dapat mengubati sihir yang terkena pada Anna. Siapakah cinta
sejati anna ? adakah kekasihnya yang ditemui di awal cerita atau wujudnya pada
watak lain. Mampukah anna mengubati sihir daripada meragut nyawa dan bolehkah
keadaaan Arendell yang semakin teruk kembali kepada asal ? saksikan sendiri .
Frozen dan plot cerita kehidupan kita
Anna menghadapi pelbagai dugaan. Hidupnya di zaman kanak-kanak begitu sunyi kerana terpisah dengan Elsa(kakaknya), tetapi dia terus hadapi dengan ceria dan tabah.
Seterusnya ibu dan ayah
Anna meninggal dunia, kesunyian dan kesedihan dalam dirinya semakin bertambah
apabila kakaknya seolah-seolah tidak
mempedulikan dirinya.
Apabila Anna sudah dewasa, dugaan diterima semakin kuat, Anna terpaksa mencari Elsa dengan meredah perjalanan sangat eksterm seperti gunung everest.
Pernah kuda yang
ditunggangi Anna terkejut lalu melarikan diri dan tinggalkan Anna keseorangan. Jika
kita berada dalam cerita itu, mungkin ada yang akan berpatah balik, menangis,berputus
asa. Kita takut kerana memikirkan bermacam-macam lagi dugaan di depan sana, dengan
suasana yang gelap,salji sangat tebal, tempat yang terasing, dan tiada kenalan
untuk meminta bantuan, atau ada jemalang-jemalang hantu haha.
Sebaliknya Anna meneruskan
langkah tanpa berpaling kebelakang walaupun beberapa kali dia terjatuh dan
terjatuh lagi sehingga baju dia beku tetapi adakah dia berhenti ? Tidak, dia
terus melangkah tanpa henti.
kerana anna percaya jika dia berusaha dia akan mencapai apa yang diingini. Jika Anna berpatah balik semestinya dia tidak akan bertemu dengan Elsa.
Dalam keberanian Anna ini, dia juga seorang yang sempoi(kelakar), ketika dia cuba panjat gunung yang curam dan berkata kepada Kristoff “tolong beritahu saya yang saya hampir sampi. Udara di atas memang selalunya sikit ke ?” walaupun baru panjat 3,4 batu, tak boleyh blah haha.
kerana anna percaya jika dia berusaha dia akan mencapai apa yang diingini. Jika Anna berpatah balik semestinya dia tidak akan bertemu dengan Elsa.
Dalam keberanian Anna ini, dia juga seorang yang sempoi(kelakar), ketika dia cuba panjat gunung yang curam dan berkata kepada Kristoff “tolong beritahu saya yang saya hampir sampi. Udara di atas memang selalunya sikit ke ?” walaupun baru panjat 3,4 batu, tak boleyh blah haha.
Anna juga dikecewakan
sekali lagi kerana Elsa menolak permintaan nya untuk pulang ke Arendell malah anna telah dicederakan
dengan sumpahan sihir Elsa yang terkena dihatinya. Anna mungkin akan balik
dengan perasaan dendam , geram dan marah tetapi dia memilih untuk bersabar dan
terus memujuk Elsa walaupun untuk keseratus lima puluh kali hehe, barulah dia
berjaya diakhir cerita.
Jalan cerita yang Anna
hadapi amat sukar, namun apa yang membuatkan dia tabah ?
Dia percaya kepada apa
yang manusia gelar iaitu harapan.Dia percaya harapan masih ada selagi mana kita
berusaha.
Kunci ketabahan
bagi diri Anna adalah terus percaya dan berusaha. Itu yang menyebabkan Anna berjaya dalam
menghadapi ujian tersebut.
Dengan ujian tersebut, Anna
seorang yang manja, sering bergantung kepada Elsa telah berubah menjadi seorang
yang berdikari, berani, positif, mempunyai semangat yang kuat dan akhirnya berjaya mengubah Elsa.
Begitu juga dengan kita,
Berbagai dugaan yang
akan kita tempuhi.Misalnya, apabila kita lulus peperiksaan UPSR kemudian kita
akan tempuhi peperiksaan PMR kemudian SPM sehinggalah kita memasuki IPT dan
bermacam-macam lagi dugaan.
Dugaan itu semua tidak lain
tidak bukan untuk menjadikan diri kita hebat.
Percayalah apabila kita sudah
berusaha tetapi keputusan tidak seperti yang kita harapkan, itu tandanya Allah
sedang menguji kita. Percayalah bahawa disitu terkandung seribu hikmah. Allah menilai usaha kita dan sungguh ia bukanlah sesuatu yang sia-sia.
Tidak hari ini mungkin
esok, tidak esok mungkin lusa.Tetapi janji Allah adalah sesuatu yang pasti. Bahawa
selepas kesusahan itu ada kemudahan. ^^
Hebat kasih
Elsa, hebat lagi kasih Rasulullah SAW.
Salah satu rahsia Frozen
dalam menarik hati-hati kita, sama ada yang berhati lembut mahupun keras ialah, frozen mengajar dan memaparkan erti cinta
sejati sebenar. Cinta sejati ialah mengutamakan orang lain daripada dirinya
sendiri.
Meskipun pada awalnya, Elsa tidak tahu cara untuk mengawal kuasa magisnya, tetapi ketahuilah bahawa Elsa adalah seorang kakak yang sangat penyayang.
Meskipun pada awalnya, Elsa tidak tahu cara untuk mengawal kuasa magisnya, tetapi ketahuilah bahawa Elsa adalah seorang kakak yang sangat penyayang.
Elsa terlalu sayangkan
Anna sehingga sanggup mengorbankan zaman kanak-kanaknya. Cuba kamu bayangkan
betapa sedihnya Elsa yang terpaksa berpisah dengan Anna, berpisah dengan dunia
luar, dan duduk terkurung di dalam bilik. Zaman kanak-kanak untuk bermain
tetapi dia terpaksa menghabiskan begitu sahaja demi keselamatan Anna.
Kerana itu kita lihat
cinta sejati Anna bukan lah lelaki yang mengungkapkan rasa cinta padanya iaitu
Putera Hans.Putera Hans menyukai Anna hanya kerana pangkat dan harta tetapi
Elsa menyayangi Anna dengan ikhlas, jujur, sepenuh hati tanpa sebarang syarat.
Cinta sejati dapat
dilihat melalui perilakunya bukan hanya pada kata-kata.
Tetapi kamu tahukah ini semua sudah diajar oleh Rasulullah ?
Nabi Muhammad SAW sangat
menggalakkan sifat kasih sayang ini, sebagaimana sabda baginda
“Tidak sempurna
iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia
mengasihi dirinya sendiri”.(Riwayat Bukhairi dan Muslim)
Saat akhir kewafatan
rasulullah,
Rasulullah SAW bertanya “Jibril, jelaskan apa hakku di hadapan Allah nanti?”
“Pintu-pintu langit telah terbuka,para malaikat telah menanti rohmu dan semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu.” Kata Jibril.
Rasulullah SAW bertanya “Jibril, jelaskan apa hakku di hadapan Allah nanti?”
“Pintu-pintu langit telah terbuka,para malaikat telah menanti rohmu dan semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu.” Kata Jibril.
Namun, Rasulullah SAW
masih berasa cemas.
“Engkau tidak berasa senang dengan perkhabaran ini?” Tanya Jibril lagi.
“Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”kata Rasulullah.
“Jangan khuatir wahai Rasulullah, aku mendengar Allah berfirman kepadaku: Aku haramkan syurga bagi sesiapa sahaja kecuali umat nabi Muhammad telah berada didalamnya.”kata Jibril.
Kemudian barulah Nabi Muhammad saw berasa lega.
Dan kerana sakit dan seksanya menemui ajal, Rasulullah berkata “Ya Allah, dasyat sungguh sakaratul maut, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada ummatku.”
“Engkau tidak berasa senang dengan perkhabaran ini?” Tanya Jibril lagi.
“Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”kata Rasulullah.
“Jangan khuatir wahai Rasulullah, aku mendengar Allah berfirman kepadaku: Aku haramkan syurga bagi sesiapa sahaja kecuali umat nabi Muhammad telah berada didalamnya.”kata Jibril.
Kemudian barulah Nabi Muhammad saw berasa lega.
Dan kerana sakit dan seksanya menemui ajal, Rasulullah berkata “Ya Allah, dasyat sungguh sakaratul maut, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada ummatku.”
Bayangkan ketika menghadapi
kesakitan sakaratul maut pun, nabi Muhammad SAW masih ingat akan ummatnya.
Wahai saudara seislamku,
Nabi Muhammad SAW merindui ummatnya, baginda sering kali menolak kepentingan dirinya demi
ummatnya, menolak kekayaan demi kesejahteraan ummatnya, menahan lapar demi
mengenyangkan ummatnya, Nabi Muhammad SAW rela menunda permintaan di dunia demi
keselamatan umat nya di akhirat, demi ummatnya yang tidak pernah dilihat.
Berkelakuan lah seperti Nabi Muhammad SAW.
Berapa ramai yang dahulunya bersikap keras dengan Nabi Muhammad SAW berubah menjadi lembut dan akhirnya masuk Islam setelah terpesona dengan kemuliaan akhlak dan budi baginda.
Seandainya peribadi kita seperti Nabi Muhammad SAW, pasti Islam itu lebih hebat dimata dunia berbanding Filem Frozen. err . ^^
No comments:
Post a Comment